Pagi tadi merupakan permulaan buat ana untuk melangkah mempraktikkan apa yang telah dipelajari di dalam kelas secara teori kepada suatu realiti. Nampak mudah tetapi sebenarnya agak mencabar buat bakal kaunselor yang akan berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar dan guru di sekolah. Ana sebenarnya tidak sabar lagi untuk melaksanakan praktikal tetapi pada masa yang sama sebenarnya agak gementar dan kekok kerana baru pertama kali ke sekolah membuat latihan kaunseling secara individu dan kelompok. Sebelum ini pun kalau ke sekolah cuma melaksanakan program pembangunan akademik pelajar iaitu program motivasi "Sehari Merangka Kecemerlangan Akademik" untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka dalam pembelajaran. Selepas ini banyak program yang bakal dilaksanakan demi pembangunan diri pelajar agar mereka memahami peranan mereka sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini. Antara program yang bakal dijalankan (setelah berbincang dengan mentor ana, Pn. Fazliah yang sangat membantuana) adalah orentasi untuk pelajar Tingkatan 1 dan 4, membantu menguruskan sukan sekolah, menyelaras Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya, program kecemerlangan akademik dan program pembangunan kerjaya. Sebenarnya banyak lagi program cuma tak larat nak menaip, banyak sangat. Doakan agar ana dapat melaksanakan praktikal ana dengan baik dan mampu memberikan yang terbaik buat pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Kota Kinabalu (SMAKK)



9:09 PM
Zikri Zainudin


1 comments:
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,情色論壇
Post a Comment