Nota Cinta Buat Umi
Jika bukan kerana Rahmat-Nya
Pasti aku tidak lahir ke dunia ini
Melalui rahim seorang insan
Yang tidak jemu-jemu menjagaku
Sejak dari kecil lagi
Dibesarkan dengan penuh kasih sayang
Diberikan perhatian yang secukupnya
Tanpa meletakkan apa-apa syarat
Kerana bagimu adalah
Melihat anak-anakmu bahagia
dan mampu menjadi anak yang soleh solehah
Umi
Inilah nota cinta ku buatmu
Kerana Rahmat dan Kasih Allah kita bertemu
Kerana engkau insan tulus hatinya
Menyayangi anak-anakmu sepenuh jiwa ragamu
Umi
Aku sayang padamu, Umi
Ungkapan yang harus aku lafazkan buat dirimu
Sentiasa tersemat dalam qalbu ku
Untuk terus menyayangi dirimu
Umi
Ampunkanlah segala kekhilafan ku
Dalam hati kecil ini selalu rasa bersalah
Jika selama ini aku selalu mengguris hatimu
Membuatkan dirimu resah dan risau
Yang selalu memikirkan tentang diri ku
Umi
Engkaulah murabbi hatiku
Mendidik ku dengan lembut dan kasih sayang
Mengingatkan ku apabila aku terlupa
Menjadi pendengar yang terbaik buat anak-anak mu
SETIAP HARI ADALAH HARI IBU.
Zikri Zainudin @ Zikrullah As-Saif 9 Mei 2010



10:36 AM
Zikri Zainudin


0 comments:
Post a Comment