Andai ini Ramadhan yang terakhir buatku
Akan ku pastikan nikmat yang dikurniakan Allah ini di manfaatkan sebaik-baiknya
Untuk ku bersihkan hati sanubari ku
Untuk ku perbaiki amalan ku
Untuk ku muhasabah semula kehidupan yang telah ku penuhi dengan noda-noda.
Andai ini Ramadan yang terakhir buatku
Pasti aku bersungguh-sungguh
Mengerjakan segala amal ibadah dan amal kebajikan
Seolah-olah hari ini adalah hari terakhir ku
Menghirup udara segar sebelum meninggalkan dunia yang fana ini
Andai ini Ramadan yang terakhir buatku
Pasti aku tidak lepaskan peluang
Untuk ku menghayati isi kandung al-Quran
Untuk ku memahami maksud tersurat dan tersirat
Kerana al-Quran itu petunjuk buat orang mukmin agar tidak sesat jalan
Kerana al-Quran itu tiada keraguan padanya
Andai ini Ramadan yang terakhir buatku
Pasti aku menghidupkan setiap malam ku
Dengan tangisan kerinduan
Merindui Yang Maha Khalik
Mengadu kepadaNya, bermunajat kepadaNya
Memohon keampunan dan maghfirah daripadaNya
Sebelum kembali bertemu denganNya
Andai ini Ramadan yang terakhir buatku



7:33 AM
Zikri Zainudin


1 comments:
Assalamualaikum,
Berikut ialah beberapa kajian dan bahan bukti yang akan memberi kita faham dengan jelas tentang gerakan senyap Kaum Muda dan Wahabbi Salafi yang sedang mengancam aqidah umat islam di negara ini.
SILA KLIK http://www.docstoc.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Bangsa Melayu Mengikut Ulama Ahlu Sunnah Wal Jamaah
• Tok Ayah Zid Kedai Lalat
• Kuasa Tiang Kepada Cita-Cita
• 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
• Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
• Jom Kenali Dr Maza & Co
• Ahlul Bait Yang Dicerca
SILA KLIK http://www.4shared.com
UNTUK CARIAN TAJUK-TAJUK BERIKUT
• Rasulullah Budak Kampung
• Maulid Tandingi Krismas
• Sifat 20 Tidak Wajib (Nik Aziz)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 1)
• Wahabbi Adalah ASWJ (Hadi Awang – Part 2)
• Asma’ Wa Sifat (Hadi Awang)
• Sifat 20 – Dr Mohd Asri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Rasul Dahri al-Wahabbi
• Sifat 20 – Fathul Bari al-Wahabbi
Taklif pengkaji telah pun selesai, maka terserahlah kepada budi bicara pembaca sekalian untuk menerima ataupun sebaliknya. Bagi mereka yang mendapat hidayah, maka bertindaklah mengikut kadar upaya tangan (kuasa/undi), lidah (dakwah/hebahan) atau hati (doa) bagi mempertahankan aqidah hakiki Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang bersendikan mazhab tauhid Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari ra dan Imam Abu Mansur al-Maturidi ra; mazhab feqah Imam Abu Hanifah ra, Imam Malik bin Anas ra, Imam Muhammad as-Syafie ra atau Imam Ahmad bin Hanbal ra; mazhab tasauf Imam Ghazali qsa dan Imam Junaid al-Baghdadi qsa.
FAKEH KHALIFAH SAKA
Post a Comment